Jun 27, 2025
KUALA
LUMPUR 27 Jun β Ekosistem kewangan negara mencatat satu lagi
pencapaian penting hari ini dengan pelancaran rasmi Persatuan Agensi Kutipan
Pinjaman Profesional Malaysia (APDCAM) yang berperanan memperkasa etika,
integriti dan profesionalisme dalam industri kutipan hutang.
Presiden
Pengasasnya, Za'ba Hasrin, ketika berucap pada majlis pelancaran, menegaskan
bahawa penubuhan APDCAM adalah lebih daripada sekadar penubuhan organisasi.
βIni bukan
sekadar pelancaran persatuan, ia adalah permulaan kepada satu gerakan β gerakan
ke arah integriti, profesionalisme dan kepercayaan,β katanya.